Agak lame xupdate blog..tetiba update cite plk hal kebinggungan mcm nie....
actually sy br je disahkan +ve..2pun disbbkan lewat dtg cik P n wat pregnancy test sendiri. so mengikut perkiraan sendiri br 5mgu dikira pd tarikh test tersebut.
masih terlalu awl utk g buat buku merah kan. masa sy mengandungkan Aryan, kalau xsilap usia kandungan sy dah masuk 3bln. Alhamdulillah mase mengandungkan Aryan, sy sihat dan tidak mengalami ape2 alahan.
but;
tidak utk yang kali kedua nie.....tgu dan lihat...huhuhuhu
actualy utk kali kedua nie sy telah mengalami pv bleeding yg agk heavy..dah mcm cik P datang, ia terjadi pd awl pg dlm mgu ke6 disahkan +ve,g klinik n di referkan kat spital dah cek2, disahkan Threatened Misscarriage,(nti sy cr kat cik google psl kes nie ye) so dptlah MC utk semgu supaya dapat merehatkan bdn...tidak boleh byk bergerak, tidak boleh angkat berat, dan yg pastinya tidak boleh bersama dgn cik suami..hehehehe..kena ddk ats katil je...huhuhuhu
apa pun keputusannya kena tunggu n lihat dlm tempoh 2mgu,so dlm 2mgu lg kne refer pakar o&g plk..harap2nye semua ok...
but;
ape daa....pye byk but..but..plk...
dlm tempoh MC semgu, terpaksa jgk dtg opis utk 2hr bg melaksanakan keja yg perlu disubmitkan...ats tanggungjawab n amanah yg dipikul, so wat la jgk mengikut ats keupayaan diri sendiri k.x blh dlm paksaan...coz dlm keadaan skrg nie tidak blh stress k...membahayakan
tp mmg sukar nak dikatakan...selama dtg opis nie, mmg trase cik P trun dgn heavy jgk la.....pantang ade sebrg pgerakan..kram perut pun ade..mcm sengugut la.....tp xnak la risau ape pun..walaupun agk risaukan...
ape pun sy reda ats ape yg bakal dilalui..walaupun agk bdebar.....wait n see
semoga selamat seadaanye, doakanye....
sila la bace ye kat bwh nie..wat menambahkan pengetahuan ats pengalaman org lain..hehehehe
Kehamilan Hampir Gugur
Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang
untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan
kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia
juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka
akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada
peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan
Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu
keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.
Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?
Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20
minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened
miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita
hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan
faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani
kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi
sebelum kandungan berusia 12 minggu.
Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
Merah pekat
Merah cair
Coklat
Kadang-kadang sangat sedikit
Kadang-kadang berketul darah
Sakit belakang
Sakit pada ari-ari
Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur
Bagi
kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti,
tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan
seperti:
Jangkitan kuman pada faraj
Polip pada pangkal rahim
Hamil di luar rahim
Cancer pangkal rahim
Bagaimana diagnosa dibuat?
Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda
berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan
pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat
pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.
Ujian
ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin
masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk
membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan
dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.
Rawatan
Tiada
rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini
berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:
Tunggu dan lihat:
Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan
polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi
semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti
seks pada masa ini.
Kurangkan aktiviti yang lasak:
Anda
akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman
yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi
risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti
rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
Ubat Progesterone:
Anda
mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan
mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko
keguguran.
Tenangkan fikiran:
Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak
besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan
bayi yang sihat.
Risiko Keguguran
Cuma
30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran
sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin
bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening
atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur
atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa
peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik
sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada
dalam keadaan yang baik.